Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Dulu dipuja- puja.. 4 Artis ini sekarang berjual di Tepi Jalan..!





Sila tonton video:



close

'Saya minta maaf, saya menyesal dengan apa yang berlaku' - Pemandu Toyota Vios

Pemandu Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kereta rakannya terjatuh ke dalam laut, memohon maaf kepada semua pihak dengan apa yang telah berlaku.Lelaki berusia 21 tahun, anak sulung dari tiga beradik itu menangis sebaik ditanya mengenai kejadian itu dan berulang kali memohon maaf. 

Lapor Harian Metro, pemandu Toyota Vios itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut, berdepan dengan hukuman penjara dua hingga 10 tahun, dan denda antara RM5,000 dan RM20,000 jika sabit kesalahan."Dia juga rakan kepada mendiang Moey Yun Peng, 20, dan sudah setahun mengenali antara satu sama lain. 
"Sejurus dirawat dan mengetahui rakannya meninggal dunia, dia sugul dan sedih dengan berita itu," kata sumber Harian Metro.Suspek semalam datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai pada jam 2 pagi kelmarin.Setelah diambil keterangan lebih 17 jam, suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6.45 petang pada hari yang sama.


close

Netizen terkejut muka ayah Aiman Hakim mirip Najib Razak






    
Sumber : Instagram Aiman Hakim 


close

Fakta Menarik Mengenai Tengku Hassanal Ibrahim Yang Ramai Tidak Tahu

Bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang kacak persis ‘Prince Charming’, malah keperibadian Tengku Hassanal yang sentiasa rendah diri yang dididik oleh Ayahanda dan Bondanya sejak kecil lagi dipuji rakyat jelata. Buktinya, kebanyakan aktiviti kemasyarakatan di Pahang akan sentiasa dihadiri oleh keluarga diraja ini. Buat anda yang tidak tahu, Hangat.com rangkumkan 5 fakta menarik mengenai bakal Tengku Mahkota Pahang ini.

1 Anakanda Keempat Sultan Pahang




Ramai yang tertanya mengenai susur galur keluarga diraja ini yang barangkali agak mengelirukan. Jika dilihat pada keluarga besar Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,baginda Sultan mempunyai 10 orang anakanda dimana sebelum dikurniakan cahaya mata, baginda dan isteri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengambil seorang anak angkat, YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah.

Bersama Tunku Azizah, pasangan diraja ini dikurniakan enam orang cahaya mata namun anak sulung baginda berdua, YM Tengku Ahmad Iskandar Shah, mangkat sebaik sahaja diputerakan pada 24 Julai 1990. Bersama Cik Puan Julia Rais pula, Sultan Abdullah mempunyai tiga orang cahaya mata yang kesemuanya puteri.

Anakanda Sultan Pahang Ke -6 
  1. YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim 25 Ogos 1987 (32 tahun)
  2. YM Tengku Ahmad Iskandar Shah 24 Julai 1990 ( 29 tahun)
  3. YM Tengku Puteri Iman Afzan 11 November 1992 (27 tahun)
  4. YM Tengku Ilisha Ameera 1 Oktober 1993 (26 tahun)
  5. YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah 17 September 1995 (24 tahun)
  6. YM Tengku Ilyana 20 April 1997 (22 tahun)
  7. YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah 17 Ogos 1997 (umur 21)
  8. YM Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah 11 September 2000 (19 tahun)
  9. YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah 11 September 2000 (19 tahun)
  10. YM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah 27 April 2002 (17 tahun)

2 Sedang Sambung Belajar




Tengku Hassanal merupakan bekas pelajar di Sekolah Rendah St. Thomas Kuantan menyambung pelajar ke peringkat menengah dan Universiti di United Kingdom sebelum meneruskan pelajaran peringkat ijazah di Geneva, Switzerland.

Tengku Mahkota Pahang ini berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Hubungan Antarabangsa (BA- IR) selepas tiga tahun menuntut di The Geneva School of Diplomacy and International Relation (GSD). Terbaru, Tengku Hassanal sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom sehingga hujung tahun ini.

3 Sepupu Kepada Tunku Mahkota Johor





Kepada yang tidak tahu, Tengku Hassanal juga merupakan sepupu kepada Tunku Mahkota Pahang, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kedua-dua putera diraja ini merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Iskandar dimana Bonda Tengku Hassanal merupakan adik beradik dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

4 Jadi Tengku Panglima Besar Kurang Dari Setahun




Ketika ini, Tengku Hassanal masih lagi bergelar Tengku Panglima Besar setelah diisytiharkan pada 18 Jun 2018. Berdasarkan tarikh yang diberi iaitu pada 28 Januari 2019, istiadat pemasyhuran Tunku Mahkota Pahang akan dilaksanakan sekaligus memperlihatkan Tengku Hassanal bergelar Tengku Panglima Besar kurang dari setahun.

5 The Hottest Prince In Malaysia!







Seperti artikel kami terdahulu, Tengku Hassanal turut tersenarai dalam 5 putera raja di Malaysia yang paling kacak. Boleh dikatakan memiliki pakej yang lengkap, tidak hairanlah bakal Tunku Mahkota Pahang ini digelar sebagai antara the hottest prince in Malaysia! 


close

Ziana Zain Mohon Maaf Hina Mahkamah

Penyanyi Ziana Zain memohon maaf kepada Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menghina mahkamah (contempt of court) ekoran mengeluarkan kenyataan berhubung kes penderaan anaknya melibatkan bekas suami, Armin Zaharin kepada media.Ziana dalam permohonan maafnya memberitahu dia tidak berniat untuk menghina mahkamah selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
“Terima kasih atas peluang diberikan kepada saya. Saya tidak berniat untuk menghina mahkamah dan kenyataan dikeluarkan lebih kepada personal matter (hal peribadi) saya. Saya memohon maaf kepada mahkamah.
“Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu,” katanya.
Ziana atau Siti Roziana Zain, 50, yang ditemani adiknya, penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf itu di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.Raja Noor Adilla dalam keputusannya menerima permohonan dibuat pihak pemohon iaitu Armin terhadap penghina (Ziana) selepas mendapati wujud keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mahkamah bagaimanapun melepaskan dan menerima permohonan maaf dibuat penghina dengan satu amaran selain tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes yang sedang berlangsung.

Ziana diwakili peguam Lokman Mazlan manakala Armin diwakili oleh Mohd Amir Farid Mohd Nawawi. Bagaimanapun Armin tidak hadir pada sebutan kes itu.

Menurut fakta kes, Ziana didakwa mengeluarkan kenyataan menerusi beberapa sidang media selain temu bual dalam majalah Intrend keluaran Jun 2018 berhubung pendakwaan kes dera terhadap Armin yang sedang berlangsung di mahkamah.Penyanyi lagu Anggapanmu itu didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat prejudis kerana menyentuh perwatakan subjek dalam pendakwaan yang boleh mencemarkan nama pemohon.

Armin menerusi peguamnya membuat permohonan itu pada Julai 2018.Sebelum ini Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Mahkamah menetapkan 6 April depan untuk pengurusan kes.Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.Ziana dan Armin pada 9 Mei 1998 namun mereka bercerai pada 12 Julai lalu.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.Sumber: Mstar Online



close

Berhijrah Memang Senang, Tapi Bukan Mudah Nak Istiqamah Nelydia Senrose

Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah, Nelydia Senrose akui ramai yang mahu melihat perubahan dirinya. Bagaimanapun, Nelydia memohon agar peminat mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan diberikan masa untuk berubah secara perlahan-lahan.“Saya akui ramai peminat yang menantikan perubahan saya, lebih-lebih lagi selepas pulang dari Umrah. Namun begitu, saya memohon agar tidak diberikan tekanan untuk saya berubah.

“Biarlah perubahan itu datang sendiri secara perlahan-lahan tanpa tergesa-gesa. Semua orang mahu berubah dan saya juga tidak terkecuali.“Berhijrah itu memang senang, tetapi untuk terus kekal istiqamah itu agak sukar. Berikan saya masa dan saya memohon peminat mendoakan yang terbaik untuk saya,” katanya kepada Astro Gempak.Dalam pada itu, Nelydia memberitahu jika diberikan peluang dia mahu ke Tanah Suci setiap tahun dan jika diberikan rezeki dia mahu mengerjakan ibadah Haji pula.

Pelakon cantik, Nelydia Senrose yang baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah memohon doa yang baik-baik dari semua pihak."Saya akui ramai peminat yang menantikan perubahan saya, lebih-lebih lagi selepas pulang dari Umrah. Namun begitu, saya memohon agar tidak diberikan tekanan untuk saya berubah.

"Biarlah perubahan itu datang sendiri secara perlahan-lahan tanpa tergesa-gesa. Semua orang mahu berubah dan saya juga tidak terkecuali."Berhijrah itu memang senang, tetapi untuk terus kekal istiqamah itu agak sukar. Berikan saya masa dan saya memohon peminat mendoakan yang terbaik untuk saya," kata kakak kepada aktres Raysha Rizrose ini. Nelydia ditemui di majlis sambutan hari lahir Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-40 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini.Tambah pelakon drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu ini, dia memasang impian untuk ke Mekah dan Madinah setiap tahun. 

"Pengalaman terbabit sangat menakjubkan. Saya langsung tidak fikirkan mengenai bebanan kerja atau hal-hal lain kerana fokus saya memang untuk beribadah."Bangun tidur sahaja, saya terus rasa bersemangat untuk menjalani hari di Mekah dan Madinah. Jika diberikan peluang, saya teringin untuk ke sana setiap tahun dan jika diberikan rezeki, saya mahu mengerjakan ibadah Haji pula," kata Nelydia menutup bicara.



close

Semakin Bangga Tayang Aset, Zizi Kirana Jadi Perhatian Ramai

Jika sebelum ini Zizi Kirana pernah menerima foto kemaluan lelaki gara-gara berpakaian seksi, nampaknya penyanyi lagu “Nak Ke Tak Nak” itu masih tidak serik. Baru-baru ini Instagram (IG) Zizi kembali ‘kecoh’ apabila dia memuat naik sekeping foto yang mendedahkan bahagian perut dan menampakkan lurah buah dada. Kurang senang dengan foto dimuatnaik Zizi

netizen mula menyerang ruangan komen posting tersebut dengan kata-kata yang kurang menyenangkan. Lebih melampau apabila ada yang menganggap Zizi wanita murahan sehingga berani mengajaknya bermalam di hotel. Namun, tidak kurang juga meninggalkan komen positif dan menasihatkan Zizi supaya bertaubat dan berubah ke jalan yang lebih baik. Akhir tahun lalu, Zizi pernah dikecam disebabkan perkara sama, namun mengaku tidak kisah dan mengambil endah

tentangnya kerana itu merupakan imejnya yang terkini. Disebabkan imej seksinya itu, seorang individu tidak dikenali berani menghantar foto kemaluannya kepada Zizi menerusi ruangan mesej peribadi IG dan mengajaknya melakukan hubungan seks. Bagaimanapun Zizi bertindak menyekat individu itu daripada mengakses IGnya kerana berasakan perbuatan tersebut melampau.


close

Terupload foto freehair, NEELOFA jadi bahan Makcik Puaka








Sila tonton video: 



close

Akhirnya Adam Shahz Dedah Punca Tak Jaga Anak Sulung Fatin Afeefa

Sebelum kita melihat pendedahan Adam Shahz tentang punca tidak menjaga anak sulung, mari kita lihat dahulu definisi anak sulung.Anak sulung (juga dikenali sebagai anak kencing) adalah anak pertama yang dilahirkan dalam urutan kelahiran pasangan melalui melahirkan anak. Dari segi sejarah, peranan anak yang dilahirkan sejak lahir menjadi penting secara sosial, terutamanya untuk anak sulung dalam masyarakat patriarki. Dalam undang-undang, banyak sistem telah menggabungkan konsep primogeniture, di mana anak sulung mewarisi harta ibu bapa mereka. Anak sulung dalam agama Yahudi, bechor, juga diberikan kedudukan istimewa.

Walaupun satu-satunya anak akan secara definisi juga sentiasa menjadi "anak sulung", dalam keluarga yang lebih besar, anak sulungnya sering merasakan diri sendiri untuk dirawat secara berbeza daripada anak-anak kemudian. Alfred Adler (1870-1937), ahli psikiatri Austria, dan kontemporari dari Sigmund Freud dan Carl Jung, merupakan salah seorang ahli teori pertama yang mencadangkan agar perintah kelahiran mempengaruhi keperibadian pada akhir abad kedua puluh dan awal abad kedua puluh satu. Beliau berpendapat bahawa perintah kelahiran boleh meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan pada gaya hidup seseorang, yang merupakan cara kebiasaan seseorang untuk menangani tugas persahabatan, cinta, dan kerja. Menurut Adler, anak sulung adalah "diketepikan" ketika anak kedua datang, dan ini mungkin memiliki pengaruh yang berpanjangan kepada mereka. Anak-anak yang lebih muda dan hanya boleh dimanjakan dan dimanjakan, yang juga boleh mempengaruhi keperibadian mereka yang kemudian.

Sekarang mari kita tonton video di bawah untuk mengetahui pendedahan Adam Shahz tentang punca tidak menjaga anak sulung.

Sila tonton video:


close

Gila! Manusia ke Apa? Lelaki jual isteri rm20!

Video yang menggemparkan bagaimana seorang lelaki berusia 69 tahun sanggup menjual isteri sendiri kepada rakan nya dengan harga rm20. Siapa sangka isteri yang berusia 61 tahun itu sanggup dijual dengan harga rm20 kepada rakan sambil si suami mengintai dari celah lubang pintu. Cerita menggemparkan ini menjadi viral di media social.

Lelaki yang berusia 69 tahun menawarkan harga RM20 sahaja untuk rakannya melakukan persetubuhan dengan isterinya. Pada mulanya, rakan suami mangsa datang ke rumah mangsa atas jemputan suami mangsa untuk mengurut badan mangsa. Namun mangsa tidak mahu, namun dipaksa oleh suaminya masuk ke dalam bilik tidur untuk diurut.

Mangsa mengikut sahaja kemahuan suaminya yang didakwa panas baran itu. Mangsa masuk ke dalam bilik tanpa berpakaian dan disuruh oleh rakan suami mangsa baring dan rakan suami mangsa mula mengurut di bahagian kaki. Sila tonton video ini dan apa kah pandangan korang. Bagi saya ini memang gila. Mana pergi dosa pahala hanya kerana duit rm20 sanggup jual isteri sendiri.

Apa lah nak jadi dengan dunia sekarang ni. Termasuk ini macam macam hal gila yang saban hari kita dengar dan lihat samada di media elektronik mahu pun media cetak. Semoga kita di jauh kan dari perlakuan gila seperti ini.

Sila tonton video:


close